Daging Goreng Kelantan

Ramuan / Bahan

250 gram Daging Lembu
1 ulas Bawang Besar(Holland)
1 sudu Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Cara-cara

Daging dipotong/dihiris nipis dan diperap dengan serbuk kunyit serta garam selama 15 minit. Bawang besar dihiris nipis macam 'onion ring'.

Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan daging yang telah diperap. Tunggu sehingga air yang keluar daripada daging kering, baru masukkan minyak masak (secukup rasa).

Goreng daging sehingga masak, baru masukkan hirisan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang separuh layu.