Daging Goreng Kailan

Ramuan / Bahan

400 gm daging batang pinang - bersihkan daging potong lebar dan nipis
3 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
2 cm halia
4 ulas bawang putih
300 gm kailan
2 keping asam gelugur 1 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
3 kelopak bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit air

Cara-cara

Bersihkan kailan, potong sayur berasingan daripada batangnya. Bawang putih, bawang merah dan halia dimayang halus. Lada hitam ditumbuk. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi, masukkan bahan yang dimayang kacau hingga wangi. Masukkan daging, kacau sebentar tuangkan sedikit air untuk mengempukkan daging. Apabila daging empuk, masukkan lada hitam dan batang kailan. Masukkan sayur diikuti garam dan air asam. Kacau sebentar hingga sayur layu sedikit bolehlah diangkat.