Daging Goreng Jintan

Ramuan / Bahan

Bahan A
300g daging dipotong nipis
1 sudu jintan manis ditumbuk
½ sudu lada hitam ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
Air untuk merebus daging Bahan B
3 tangkai cili kecil (hijau) dipotong
1 tangkai cili besar (merah) dipotong
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daup sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak untuk menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam secukup rasa

Cara-cara

Daging digaul bersama Bahan A, rebus sehingga empuk, dan air telah kering. Di dalam kuali yang sama, masukkan minyak, tumiskan bawang besar,cili,daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan..