Daging Goreng Bercili

Ramuan / Bahan

1 kg daging
Minyak untuk meggoreng
12 tangkai cili kering, digunting halus
1 cawan santan daripada setengah biji kelapa
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa
15 biji bawang merah, dibuat bawang goreng Bahan-bahan digiling

5 tangkai cili merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit basah
sedikit belacan
1 batang serai

Cara-cara

Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis.

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat.

Kemudian goreng daging separuh garing. Angkat.

Menggunakan baki minyak, tumis bahan-bahan giling hingga wangi.

Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.

Apabila naik minyak, masukkan daging. Kacau sebati.

Biar kuah pekat baru masukkan cili kering dan bawang goreng. Kacau rata. Angkat.