Daging Dwibawang Bersama Telur Puyuh

Ramuan / Bahan

300 gm daging batang pinang
150 gm daun bawang
50 gm lada benggala
6 biji telur puyuh
50 gm bawang putih
50 gm daun kucai
100 gm tomato, diracik halus
10 gm cili merah 5 gm daun selasih
200 ml stok ayam
100 gm gula
100 gm sos S.P
100 gm sos A1
5 gm garam
100 gm sos tomato
1 gm kulit tofu, digoreng garing

Cara-cara

Hiris daging nipis dan tumis ia bersama daun bawang dan lada benggala di dalam minyak bawang putih. Tumis bawang putih. Masukkan kucai tomato, cili merah, daun selasih, stok ayam, gula, sos S,P, sos A1, garam dan sos tomato. Goreng telur puyuh ( mata kerbau ) untuk hiasan. Hidangkan daging bersama sayur tadi dan hias dengan telur dan tofu goreng.