Daging Dinding

Ramuan / Bahan

1kg daging- dipotong 1 cm
bawang besar- 5 biji
bawang putih- 1 labu
halia-4 cm
lengkuas- 2cm
serai dititik -3 batang
1 mangkuk minyak masak

serbuk jintan manis- 4 sudu
serbuk kayu manis- 2 sudut
serbuk jintan putih- 2sudu
bunga lawang
buah keras-5 biji
cili kering secukupnya.
1 mangkuk kicap manis.
sedikit garam

Cara-cara

kisar bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas, cili kering dan buah keras.

panaskan minyak dan tumis kesemua bahan yang dikisar.

apabila wangi masukkan kesemua rempah-rempah sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging. tutup sehingga daging empuk dan mengeluarkan air.

masukkan kicap dan garam secukup rasa. masak sehingga garing.