Daging Diana

Ramuan / Bahan

800 gm daging Terderloin (lembu)
30 gm minyak masak
¼ liter brown sauce
100 gm bawang 1 tin cendawan dipotong kecil-kecil
¼ liter krim
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan daging terderloin, buangkan semua urat-urat kecil dan lemak-lemaknya. Setelah itu daging dipotong menjadi lapan keping sambil diketuk-ketuk sedikit supaya menjadi lembut. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk lada sulah. Bawang dimayang halus. Toskan cendawan. Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan daging, sambil dibalik-balikkan sehingga masak. Setelah itu diangkat dan susunkan di dalam pinggan hidang. Tumiskan bawang sehingga kuning, kemudian masukkan cendawan dan brown sauce. Biarkan mendidih selama 1 minit. Sesudah itu angkat kuali dari dapur dan masukkan ke dalamnya krim sambil digaulkan campuran ini sehingga sebati. Tambahkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Kemudian tuangkan sos ini ke atas daging tadi dan bolehlah dihidang.