Daging Dengan Rebung

Ramuan / Bahan

600 gm daging
300 gm rebung yang sudah direbus
2.5 cm halia
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah, dibelah dua 1 sudu besar minyak
1 sudu besar tepung jagung
1 camca besar kicap
1 camca teh gula
Sedikit garam

Cara-cara

Hiris daging nipis-nipis. Gaul daging bersama gula, tepung jagung dan kicap.

Hiris rebung nipis-nipis.

Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis hingga bahan-bahan tumbuk wangi.

Masukkan daging dan kacau.

Masukkan rebung, cili merah dan garam. Kacau rata.