Daging Dengan Rebung

Ramuan / Bahan

600 gm daging
300 gm rebung (direbus)
2.5 cm halia
4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili merah 1 sudu besar minyak
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Gaul dengan gula, tepung jagung dan kicap. Hiris rebung nipis-nipis dan panjang 3 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga hancur. Belah dua cili hidup. Tumis bawang, halia dan lain-lain. Masukkan daging dan balik-balikkan. Masukkan rebung, garam dan cili merah.