Daging Dendeng Minang

Ramuan / Bahan

½ kg daging
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (blender)
2 batang serai
1 biji tomato (blender)





sedikit halia
cili merah (blender)
2 sudu besar ketumbar (ditumbuk)
sedikit garam

Cara-cara

daging direbus dahulu supaya hempuk
kemudian air rebusan dibuang
rebus sekali lagi dengan paras air yang sama rata dengan daging bersama bawang putih,halia dan ketumbar(yang ditumbuk)
sampai air kering angkat daging dan potong lebar-lebar dan tumbuk daging sehingga urat pecah (leper)
goreng daging sampai garing ketepikan
tumis bahan yang diblender dan titikkan serai masak sampai garing masukkan garam. akhir sekali gaulkan daging bersama dengan sambal dan sedia untuk dihidangkan.