Daging Bumbu Rujak

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak makan
2.5 lengkuas ] dititik
1 batang serai ]
4 helai daun salam
500 g daging lembu (dipotong-potong)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1½ camca asam jawa ] diramas diperah
½ cawan air ] dan ditapis
Garam secukup rasa Bahan giling:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 batang lada merah
5 biji buah keras
2 camca gula Melaka
2.5 sm belancan (dibakar)
1 camca teh garam

Cara-cara

Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan giling lengkuas, serai dan daun salam. Mask selama 5 minit. Masukkan daging dan goreng sambil dibalik-balikkan sehingga bercampur rata dan perang sedikit warnanya. Masukkan santan cair dan masak sehingga empuk dagingnya. Masukkan santan pekat dan masak sambil dikacau-kacau hingga pecah minyak. Bubuh air asam jawa, kacau dan rasalah asam dan garamnya. Angkat dari api. Buangkan lengkuas, serai dan daun salam.