Daging Bersama Salad Berempah

Ramuan / Bahan

450 gm daging rusuk dingin beku BAGUZ
½ cawan vinegar merah
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam 2 sudu kecil daun basil kering
1 sudu minyak zaitun
1 labu bawang besar (dipotong nipis)
1 biji cili capsicum (dipotong memanjang)
6 cawan salad campuran (iceberg, endives & butterhead)

Cara-cara

Nyahdinginkan daging & dipotong kecil. Campurkan vinegar, bawang putih, basil, gula & garam. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tidak melekat, goreng daging selama 1 hingga 2 minit. Angkat & ketepikan. Dengan kuali yang sama, tumis bawang besar & cili capsicium selama 2 hingga 3 minit, kemudian masukkan semula daging yang telah
digoreng kering tadi. Angkat & hidangkan
bersama campuran salad hijau.