Daging Berpastri

Ramuan / Bahan

200 gm daging batang pinang
4 keping filo pastry
Sebiji kentang
50 gm lobak merah
20 gm capsicum merah
20 gm capsicum hijau
35 gm lobak putih
250 gm sos daging
Garam dan lada putih secukup rasa Bahan-bahan sos daging:
80 gm tulang lembu
15 gm batang saderi
15 gm kucai
15 gm lobak merah
60 gm pes tomato
4 liter air
10 gm mentega
10 gm tepung

Cara-cara

Bakar daging yang telah diratakan dengan serbuk perasa hingga separuh masak dan sejukkan. Letakkan daging di atas filo pastry dan lipat, masukkan ke dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 150C. Tumiskan sayur yang dipotong bentuk hati dan susun di atas pinggan. Goreng kentang yang dihiris persegi dan bentukkan menjadi kotak. Untuk membuat sos pula, bakar tulang lembu bersama saderi, kucai, lobak merah dan pes tomato selama sejam. Panaskan air dan masukkan tulang. Biarkan mendidih selama enam jam dan tapis. Panaskan sekali lagi dan masukkan bersama-sama tepung, kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih secukup rasa. Hidangkan bersama-sama daging.