Daging Berempah

Ramuan / Bahan

400 gm daging
2 cawan santan
1 sudu besar serbuk kari daging
½ cawan yogurt
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar kacang peas
½ biji bawang besar Bahan untuk menumis:

4 sudu mentega
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia (dihiris halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
1 tangkai daun kari

Cara-cara

Panaskan mentega dan tumiskan bahan tumisan.

Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit santan dan cili kisar. Biarkan hingga garing dan wangi.

Masukkan daging, kicap pekat, baki santan serta yougurt. Masukkan garam secukupnya.

Masak sehingga daging empuk dan agak kering.

Kemudian masukkan hirisan bawang merah. Taburkan kacang peas di atasnya dan hidangkan.