Daging Bakar Kurang Lemak , Rendah GI dan Karbohidrat

Ramuan / Bahan

200g Daging
a)Bahan perap ( campurkan kesemuanya )
1 camca besar cili giling ( kalau nak pedas taruk lagi)
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 camca teh serbuk kari/beriyani
1 camca teh cuka
1 camca teh minyak masak ( canola/safflower/zaitun)
garam secukup rasa


½ cawan cendawan butang
½ cawan bunga kobis
½ cawan brokoli

Cara-cara

Perapkan daging dan sayuran dengan bahan a) selama 30minit atau lebih

Panaskan kuali lalu masukkan daging. Selesai daging masak masukkan pulak ler sayuran tadi. Yg penting masak guna kuali yang tak melekat bila masak sebab masak kurang guna minyak takut melekat.
Dah masak.. kerat daging nipis2
Hidangan Utk 2 orang