Daging Bakar Ala Cina

Ramuan / Bahan

Air asam jawa dua sudu, garam, serbu kunyit,serbuk lada putih, bawang merah dan putih di tumbuk halus. minyak masak.Kentang digiling/ blander (ambil jusnya sahaja) Daging lembu setengah kilo yang telah dihiris nipis sebesar seringgit wang malaysia dan setebal 50 sen.

Cara-cara

Daging hendaklah gaul rata bersama, bawang merah dan putih, serbuk kunyit, air asam jawa, serbuk lada putih. Panaskan minyak lebih kurang 4 sudu makan dalam kuali/ pan sehingga nampak sedikit asap. masukkan daging yang telah digaul dengan semua ramuan, biarkan beberapa saat api membakar di dalam kuali,lambung lahan-lahan. selepas itu masukkan jus kentang lebih kurang satu gelas. biarkan mendidih sehingga nampak pekat.