Bungkusan Daging

Ramuan / Bahan

500 gm daging kisar/cincang
180 ml pati santan
½ camca garam (dicampurkan)
2 biji telur
Garam & lada sulah secukup rasa
Daun salam
Daun pandan (dipotong-potong)
Daun pisang yang telah dilayurkan-untuk membungkus Bahan Giling :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm lengkuas
3 biji buah keras
1 camca ketumbar
½ camca jintan putih
½ camca garam

Cara-cara

Gaulkan bahan giling pada daging kisar/cingcang,kemudian campurkan pati santan.Balutkan campuran itu dengan telur yang telah dipukul. Bubuhkan sedikit campuran itu keatas tiap-tiap helai daun pisang.Letakkan daun salam di atasnya, Kemudian bahagikan campuran selebihnyadengan sama rata. Tutupkan atasnya dengan sepotong daun pandan. Bungkuskan kemas-kemas & sematkan dengan lidi. Kukuskan selama 20 minit. Hidangkan dengan tidak berbungkus, bersama sos tomato & sos cili.