Tahu Kukus Sos Tiram

Ramuan / Bahan

Tahu putih lembut - 5 keping
1 ulas halia
6 ulas bawang putih
Udang Kering - 20gms
Daun bawang - setangkai Ikan bilis - 10gms
Sos tiram - 5 sudu besar
Serbuk lada putih - 1 sudu teh
Garam - secukup rasa
Minyak masak - 1 sudu besar

Cara-cara

Sos:
Campurkan sos tiram dengan serbuk lada putih dan garam.
Kacaukan campuran sehingga larut.

Lain-lain bahan:
Ikan bilis dan udang kering digoreng (tanpa minyak) sehingga garing.
Selepas digoreng, ikan bilis dan udang kering ini ditumbuk sehingga halus.

Halia dan bawang putih dipotong halus-halus.
Gorengkan bahan ini dengan minyak yang panas.

Tahu:
Letatkan tahu dalam mangkuk untuk dikukus.
Kukus tahu selama 15 minit.
Kemudian tuangkan sos ke dalam mangkuk tahu dan kukus tahu selama 5 minit.

Setelah siap tahu dikukus taburkan bahan (halia, bawang putih, ikan bilis dan udang kering) ke atas tahu berserta dengan daun bawang yang dipotong kecil dan hidang semasa panas.