Bistik Kie Aboh

Ramuan / Bahan

500 g daging
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu kecil biji lada hitam (kisar)
2 biji telur
sedikit tepung jagung
2 tangkai daun sup (hiris) 2 labu bawang besar (hiris bulat)
2 biji ubi kentang (potong dadu)
1 batang lobak merak (potong tiga segi)
2 kuntum kubis bunga
1 tin kecil kacang pis hijau
1 tin kecil kacang panggang
1 sudu kecil biji lada hitam (kisar)
Sedikit tepung jagung
sedikit air asam jawa
air secukupnyer
garam dan gula

Cara-cara

Bahan A
Potong daging dan kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bekas dan gaulkan bersama bawang merah. putih, lada hitam, daun sup, tepung jagung dan garam. Pecahkan telur dan gaulkan sebati. Jadikan doh sebesar bola pingpong. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Bahan B

Panaskan minyak, dan tumiskan bawang besar hingga kekuningan. Kemudian, masukkan air asam jawa dan air secukupnya bersama ubi kentang. Biarkan mendidih. Masukkan kubis bunga,, lobak merah, garam dan gula secukupm raser. Biarkan seketika.Akhir sekali masukkan bahan A, kacang pis, kacang panggang, bersama dengan tepung jagung yang telah di bancuh. kacau seketika hingga kuahnya pekat