Bistik Gulung

Ramuan / Bahan

500 gm daging batang pinang/stik cabutulang ( hihiris menjadi 4 keping yang tipis & panjang)
4 biji telur (direbus &dikupas kulitnya)
lemak /minyak masak untuk melenser
8 biji kecil ubi kentang (direbus & dikupas kulitnya)Daun Salad

Bahan Sos Pudina:
2 labu sedang bawang besar ( dihiris tipis)
600 mlo air
1 camca kicap cair
Garam & lada sulah
Secukup rasa
1 cawan pati santan/susu sejat cair
1 camca cuka
125 kg daun pudina(dipetik daunnya & dicincang ) 250 gm kacang bungcis (dibuang urat tepinya & dicelur)
2 biji tomato masak (dibelah dua & dipotong biku pada tepi-tepinya


Bahan Perasa:
1 labu bawang besar (diparut)
2 camca kicap cair
1/3 camca buah pala parut
Garam & alada sulah secukup rasa

Cara-cara

Ketuk kepingan-kepingan daging hingga lembut. Campurkan bahan-bahan perasa & lomorkan rata-rata ke atasnya.Ketepikan selama 10 minit. Letakkan sebiji telur & sebatang lobak marah di atas tiap-tiap hirisan daging itu. Gulungkan untuk membalut & sematkan supaya tidak terbuka. Pijarkan lemak & lenserkan gulugan-gulungan itu hingga masak & rata kuningnya. Goreng ubi kentang pula seperti daging.

Untuk Menyediakan Sos :
Kurangkan lemak supaya tinggal 2 camca. Goreng bawang besar hingga layu.Kemudian masukkan air,kicap & serbuk perasa. Kacau hingga mendidih. Masukkan santan (atau susu).Masaklah hingga sebati & masukkan daun pudina & senduk ke dalam mangkuk.

Untuk menghidang:
Alaskan separuh daripada pinggan hidangan dengan daun salad. Letakkan gulungan-gulungan dagibg itu dia atasnya. Hiaskan dengan sayu-sayuran selebihnya & hidangkan panas-panas dengan sos.