Bistik Dengan Timun

Ramuan / Bahan

500 gm stik daging rusuk (dihiris & dicucuk-cucuk seluruhnya )
Garam dan lada sulah secukup rasa secubit buah pala parut (dicampurkan)
3 camca sos lada
Lemak untu menggoreng
5 biji besar tomato 2 cawan air mendidih
Sedikit gula pasir
Secubit buah pala parut
1 camca kicap cair
500 gm ubi kentang (dibuang kulitnya,dihiris & digoreng)


Bahan Rojak :
1biji kecil timun (dibuang kulitnya & dicincang)
3 camca mentega/majrerin
60 gm daun sup
1-2 camca cuka

Cara-cara

Perapkan daging dalam campuran sos lada selama 2-3 jam. Piharkan sedikit lemak atas api yang besar. Goreng daging hingga garing seluruhnya. Toskan minyaknya & ketepikan, Kurangkan lemak hingga tinggal 2 camca & padamkan api. Masukkan tomato sebiji-sebiji dalam air. Didihkan perlahan-lahan selama 10 minit hingga menjadi sangat lembut. Angkat & sejukkan. Parutkan tomato & isikan ke daalm periuk serta gaulkan rata-rata dengan air selebihnya. Tapis & buangkan sisinya. Pijarkan lemak semua di atas api yang kecil.Campurkan puri tomato di dalamnya.Masukkan gula,buah pala kedua-dua kicap & serbuk perasa.Kacau hingga mendidih. Masukkan stik daging & kecilkan api. Didihkan perlahan-lahan hingga masak & pekat kuahnya.Sesuaikan rasanya & sendukkan kedalam mangkuk. Hiaskan dengan ubi kentang goreng.

Untuk menyediakan rojak:
Campurkan semua bahan & hidangkan secara berasingan dengan bistik itu.