Betis Kambing

Ramuan / Bahan

180 gm betis kambing bersama tulang
15 gm bawang merah
5 gm bawang putih
10 gm leek (dipotong kiub)
10 gm daun saderi 15 gm perasa tomato
500 ml air rebusan ayam
5 gm kulit lemon (dihiris)
15 gm biji tomato (dipotong-potong)
5 gm thyme, bay leaf

Cara-cara

Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, masukkan betis kambing ke dalam kuali sehingga berwarna perang. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih, leek, saderi, perasa tomato dan tomato yang telah dipotong. Setelah itu tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk bersama-sama dengan kulit lemon, tyhme, bay leaf. Setelah betis kambing berwarna perang, masukkan ke dalam periuk dan rebus hingga lembut. Setelah lembut, tapis air rebusan itu dan panaskan sehingga pekat hingga menjadi sos. Aturkan betis kambing itu di dalam pinggan dan tuangkan sos di atas betis kambing tadi. Hiaskan dan sedia untuk dihidang.