Kerabu Kaki Ayam

Ramuan / Bahan

Kaki ayam (kuantiti : terpulang)

BAHAN A:
Serai
Daun limau purut
Cili padi
Daun sup
Daun ketumbar
Tomato



BAHAN B:
Gula
Garam
Sos ikan
Pes tom yam
Perahan limau
*perasa ayam

Cara-cara

Kaki ayam direbus dan ditoskan. Bahan-bahan A dihiris halus. Kemudian digaulkan bersama kaki ayam. Setelah sebati, masukan bahan B dan gaul. Untuk menambah rasa ayam, masukan perasa ayam sedikit. Akhir sekali, masukan sedikit air rebusan kaki ayam untuk sedikit kuah.