Ayam Rendang Aidil Adha

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa (diambil santannya)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 susu teh serbuk ketumbar
4 keping asam gelugur
2 senduk gula pasir
3 sudu teh garam
cawan minyak Bahan untuk dikisar:
4 biji cili hijau
15 biji cili padi
2 biji bawang besar merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
2 inci lengkuas

Cara-cara

1. Perapkan daging ayam bersama jintan,
ketumbar dan gula selama 30 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi dan tumiskan sehingga naik
baunya.
4. Setelah itu masukkan daging ayam yang telah diperap tadi selama 3 minit.
5. Akhir sekali masukkan santan dan asam gelugur serta garam secukup rasa.
6. Masaklah sehingga pekat dan separuh kering.