Ayam Masak Ungkep

Ramuan / Bahan

ekor ayam (dipotong agak kecil)
Bahan-bahan ditumbuk
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
8 biji Cili padi
Sedikit Halia (sebesar hujung jari telunjuk)

1 batang serai (diketuk)
Asam jawa
Sehelai Daun Kunyit
Garam & Serbuk Perasa
Sedikit Serbuk Kunyit untuk pewarna

Cara-cara

Ayam hendaklah dimasak menggunakan sedikit minyak sehingga separuh masak. Kuantiti Minyak hanya seperti untuk menumis sahaja. Apabila sudah separuh masak, masukkan bahan-bahan yg telah ditumbuk bersama serai, asam jawa, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Tumis sehingga sebati...setelah bahan-bahan agak garing, masukkan sedikit air dan tutup seketika. Daun kunyit dihiris kemudian masukkan ke dalam ayam td, tutup semula dan biarkan dalam 10minit sehingga msak. Jika sukakan kuah lebih, masukkan banyak air. Lagi pedas lagi sedap..