Ayam Masak Kicap Sailormoon

Ramuan / Bahan

Bahan A
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (di titik) Bahan B
seekor ayam (di potong kecil)
2 senduk kicap masin
1 senduk cuka
1 kiub pati ayam maggi
garam
perasa (ajinomoto)
serbuk kunyit

Cara-cara

Bahan A di tumbuk halus. Boleh juga di kisar tetapi ia lambat garing.sewaktu menumbuk Bahan A letakkan sedikit serbuk kunyit.Tumis bahan yang telah di tumbuk sehingga naik bau. Selepas itu,masukkan ayam.(ayam juga boleh di goreng sebelum di masak).Selepas itu,gaul rata.kemudian tambahkan sedikit air.biarkan selama beberapa minit sehingga air hampir kering.Setelah ayam mendidih,masukkan kicap,cuka dan kiub pati ayam maggi.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan perasa secukupnya.