Sosej Gulung Segera

Ramuan / Bahan

15 keping roti
4 batang sosej.
1 biji putih telur
3 biji telur
sedikit tepung gandum/jagung
¾ cawan minyak masak

Cara-cara

Potong setiap keping roti kepada 2 bahagian, Gelek setiap keping roti agar menjadi agak nipis. Setiap sosej di potong kepada 8 keping setiap satu.(potongan memanjang). Ambil setiap keping sosej di gulungkan ke dalam roti. Dan di sapu putih telur agar tidak terbuka. Pukul telur sampai kembang dan masukkan tepung. Celur roti dalam adunan telur dan goreng hingga kekuning-kuningan.