Ayam Masak Buyut

Ramuan / Bahan

ayam sederhana besar -dipotong 16
4 biji kentang -dibelah 4
100g bawang merah - dihiris
50g bawang putih - dihiris
150g cili api - dipotong memanjang


1 biji bawang besar - dibelah bulat
sesudu besar lada hitam - dikisar kasar
1 senduk kicap pekat masin
sedikit garam
serbuk kunyit
minyak masak

Cara-cara

ayam dan kentang digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng separuh masak dan angkat.Tinggalkan sedikit minyak mengoreng tadi kemudian tumis bawang merah,bawang putih serta cili api yang telah dihiris hingga naik bau,masukkan kentang tadi,tuangkan kicap dan taburkan serbuk lada hitam,gaul hingga rata kemudian tutup masakan tadi dan kecilkan api lebih kurang 15 minit.