Ayam Kari Umbut Pisang

Ramuan / Bahan

1.1 ekor ayam dipotong kecil
2.umbut pisang dipotong sebesar ibu jari
3.1 ½ biji santan kelapa
4.serbuk kari ayam/daging 5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
(kedua-dua bahan di atas ditumbuk halus)

garam
serbuk perasa
sedikit gula(ikut citarasa)

Cara-cara

1.Tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga kekuningan & naik bau.
2.Masukan serbuk kari dan tumis selama 2 minit.
3.Masukan ayam dan masak sehingga layu.
4.Masukan santan kelapa dan masak sehingga mendidih.
5.Masukan umbut pisang dan masak selama 15-20 minit.
6.Tambahkan garam & serbuk perasa serta sedikit gula(ikut citarasa)