Ayam Goreng Manohara

Ramuan / Bahan

BAHAN UTAMA (utk proses menggoreng)
Peha ayam 10 keping
2 inci kunyit segar (dikisar)
2 inci halia muda (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
5 biji cili padi (dikisar)
garam
lada sulah
1 kuning telor
1 sdt serbok ketumbar
2 sdt jintan halus
2 sdt jintan kasar
2 sdt serbok cili BAHAN KISAR (utk proses mereneh ayam)
3 biji bawang merah
11 biji lada kering
5 biji bawang putih
3 inci halia tua
3 sdm lada sulah
1 serai (dititik aja)
1 ikat daun pandan
3 sdm daun ketumbar (dimayang)

Cara-cara

1. Ayam direneh dengan Bahan Kisar dengan menggunak 2 liter air. Jangan campur garam langsung kerana jus ayam akan hilang.
2. Bila ayam empuk ketepikan. Air rebusan boleh di jadikan stok.
3. Bila ayam sejuk barulah dia boleh di oles dengan bahan menumis.
4. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan utama untuk menggoreng. Buatkannya menjadi paste.
5. Oles ayam dengan rapi dan goreng ayam dalam minyak setinggi 360'C panas darjah. Ia akan keemasan dalam masa 3 minit. Ketepikan.