Stim Ayam Kampung

Ramuan / Bahan

Bahan Perap

1 ekor ayam kampung (sederhana besar)
1 inci halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 camb sos cili
3 camb sos tiram
1 camb air asam jawa
garam
Ajinomoto Bahan Dimayang
3 inci halia muda
2 biji bawang besar
1 batang carrot
1 batang saderi
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji tomato
daun bawang & daun sup
Bawang Goreng

Cara-cara

1. Ayam dibersih dan dibelah dua - toskan
2. Perap ayam bersama bahan kisar, sos, air asam jawa, garam dan ajinomoto.
3. Masukkan ayam ke dalam bekas tahan panas dan ditabur dengan semua bahan yang dimayang halus.
4. Kukus selama 1 jam atau sehingga ayam empuk.