Sandwich Ayam Special

Ramuan / Bahan

Roti (sebarang jenis)
Daging Ayam
Kentang
Garam
Salad (dipotong memanjang)
Mayonese (Kraf)

Cara-cara

Daging Ayam digaulkan bersama garam dan dikukus sehingga masak. Kemudian daging Ayam dicarit halus.

Kentang direbus hingga masak dan dipotong dadu.

Daging Ayam yg dicarit digaul bersama kentang dadu dan salad. Masukkan sekali mayonese secukup rasa. Gaul sehingga sebati.

Sapukan roti bersama mentega dan ratakan daging ayam diatas.