Stew Ayam Bercili

Ramuan / Bahan

500 gm kepak ayam
5 sudu besar minyak
1 camca teh tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
Sedikit daun bawang
2 biji tomato
1 camca teh kicap pekat
1 camca teh gula
Sedikit garam dan lada sulah 4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 camca teh taucu
1 cawan air
4 camca teh sos tiram
1 camca teh gula
1 camca teh kicap cair

Cara-cara

Basuh dan potong kedua-dua bahagian kepak ayam.

Di dalam mangkuk, campurkan kicap pekat, gula, garam dan lada sulah, kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Perap selama 20 minit.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan taucu. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng kepak ayam menggunakan api sederhana selama lima minit. Keluarkan ayam.

Menggunakan baki minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi hingga wagi. Masukkan air, sos tiram, gula kicap cair, lada sulah, garam dan juga kepak ayam. Masak hingga mendidih.

Renih hingga ayam masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih untuk memekatkan kuah.