Spaghetti Sardin Hud

Ramuan / Bahan

1)1 paket spaghetti yang telah di rebus.
2)semangkuk daging ayam rebus (telah di cincang)
3)1 tin besar sardin(telah dihancur)
4)sebatang timun(potong kecil/dadu)
5) labu Bawang Besar (dihiris)
6)4 ulas Bawang putih (dihiris)



7)sebiji tomato
8)2 keping asam keping
9)air limau nipis/lemon
10)1 sudu lada hitam (telah ditumbuk)
11)4@5 batang cili api (telah ditumbuk)
12)garam dan perasa
13)2 sudu besar minyak untuk menumis
14)sedikit air

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bawang putih, bawang besar, lada hitam dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Kemudian masukan sardin hancur, asam keping, timun, tomato dan daging ayam rebus yang telah di cincang.Tambah sedikit air jika terlalu pekat.Kemudian bila telah masak masukan spagetti dan gaulkan. Boleh tambah garam dan perasa jika perlu.Akhir sekali perah asam limau/lemon sebanyak mana yang disukai.Hidangkan.