Serunding Padang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kampung (dipotong lapan)
Air - untuk merebus
50 gm halia
50 gm bawang putih (diketuk)
50 gm bawang merah (dihiris)
Minyak masak
Sebiji kepala (ambil santannya)
50 gm kerisik
1 helai daun pandan (disimpul)
Garam
Gula Bahan dikisar:

150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
50 gm lengkuas
50 gm cili kering (direndam dahulu)
20 gm cili padi

Cara-cara

Rebus ayam bersama sedikit halia, bawang putih dan bawang merah hingga ayam empuk. Angkat, sejat dan siat halus isi ayam. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yg dikisar hingga wangi.

Masukkan santan, kerisik, daun pandan, ayam, garam dan gula. Kacau hingga kering dan hidangkan.