Semur Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka)
6 ulas bawang kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu besar lada sulah (ditumbuk halus)
1 biji kelapa (diambil santan pekat)
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
Sedikit air asam jawa
Kicap manis
Bahan Menumis :

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara

1. Goreng ayam bersama kunyit dan sedikit garam - goreng hingga separuh masak.

2. Pansakan minyak dan masukkan bahan manumis, bawang kecil, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik baunya.

3. Masukkan ayam, kicap, air asam jawa, dan santan. Kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan lada sulah, gula dan garam secukupnya.

5. Tunggu hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.