Sate Kajang

Ramuan / Bahan

600 gm daging ayam (dibuang tulang)
4 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 labu bawang putih
2 sudu kecil garam 4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap cair
30 batang lidi buluh

Cara-cara

Serai, kunyit dan bawang putih hendaklah dikisar halus terlebih dahulu. Hiriskan daging ayam sebesar 1 1/2 cm x 2 1/2 cm. Perapkan hirisan ayam tadi bersama bahan-bahan yang telah dikisar halus sebelumnya tadi. Masukkan bersama garam, gula, kicap cair dan minyak. Biarkan selama 2 jam. Cucukkan pada lidi sebelum dibakar menggunakan arang.