Sate Ayam Goreng

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 batang serai }
1 inci halia }
1 inci kunyit hidup }kisar halus
1 inci lengkuas }
3 ulas bawang putih }
1 biji bawang merah } 2 sudu serbuk jintan halus
2 sudu serbuk jintan kasar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu madu
1 sudu cuka (utk melembutkan ayam)
garam dan gula secukupnya

Cara-cara

sediakan ayam yang telah bersih dalam mangkuk. masukkan kesemua bahan diatas dan gaulkan. rasa masin dan manis ikut selera sendiri. kemudian perap sekurang-kurangnya 1 jam sebelum di goreng dgn minyak yg sedikit. goreng hingga masak dan kekuningan.