Sambal Goreng Jawa

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili api
1 inci halia
2 inci lengkuas
garam secukup rasa

Bahan-bahan di atas hendaklah ditumbuk sehingga lumat/pecah2. Bahan B

15 biji cili padi
2 biji tomato
3 cawan santan pekat (1 ½ biji kelapa)

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah dipotong kedalam kuali.(Diungkep)
Biar sehingga air ayam hilang dan keluar minyak, masukkan bahan2 A yang telah ditumbuk. Setelah bahan2 A kekuningan dan mengeluarkan bau wangi,gaul rata ayam dan bahan2 tadi. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan cili padi dan tomato sebagai hiasan.