Salad Ayam Goreng

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Garam dan kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
100 gm kacang sepat
6 biji kentang dibelah empat dan digoreng
1 batang lobak merah
Bahan-bahan digiling:

10 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 cm halia

Cara-cara

Ayam dibelah empat, digaul garam dan kunyit dan digoreng.

Tumis rempah giling hingga garing, masukkan garam dan gula.

Masukkan ayam, kacang sepat, kentang dan lobak merah.

Gaul hingga sebati dan angkat.