Rendang Sukma

Ramuan / Bahan

50 gm bawang besar
20 gm bawang putih
20 gm halia
40 gm serai
30 gm lengkuas - dikisar
1 gm cili padi
60 gm cili kering
1 gm kunyit hidup 1.2 kg ayam - dipotong lapan
40 gm serai - dititik
1 helai daun kunyit
15 gm kerisik
2 helai daun limau purut
1 liter santan kelapa
Sedikit bahan perisa dan garam
20 ml minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis kesemua bahan kisar dan masukkan serai yang dititik. Kacau sehingga naik aroma. Masukkan ayam, santan, daun kunyit dan daun limau. Akhir sekali masukkan kerisik, bahan perasa dan garam. Kacau sehingga masak dan hidangkan.