Rendang Serai Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa, diambil santan
2 camca besar serbuk kari daging
2 keping asam gelugur
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa Bahan-bahan dikisar:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
2.5 sm halia
2 sm lengkuas

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong lapan. Sejat. Santan dimasak bersama bahan kisar dan serbuk kari. Apabila mendidih masukkan ayam dan asam gelugur. Kacau rata. Setelah ayam empuk masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi. Masak lagi hingga naik minyak.