Rendang Pedas Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
6 cawan santan kelapa
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai 1 helai daun kunyit
1 cm halia
1 sudu besar cili kisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara

Bersih dan potong ayam kepada 16 bahagian. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serbuk cili, ayam dan santan kelapa. Kecilkan api dan biarkan kesemua bahan sebati dan kuah menjadi pekat dan kering. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan pucuk ubi dan sebagainya.