Rendang Pedas Ayam

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
3 biji kelapa (ambil secawan kelapa parut untuk kerisik)
20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia 2 cm lengkuas
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Ayam hendaklah dilayur sebelum disiang. Potong ikut suka hati. Cili, bawang, halia, lengkuas digiling halus. Kelapa diperah & ambil 3 mangkuk santan. Panaskan minyak & masukkan bahan-bahan tadi sampai naik baunya. Masukkan santan & masak sampai pekat sedikit. Kemudian masukkan serai, daun kunyit, ayam & garam. Kacau selalu supaya tidak melekat sampai ayam empuk. Bubuh kerisik, kacau sampai kering.