Rendang Kampung

Ramuan / Bahan

Bahan dikisar:
3 senduk cili dikisar
1 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
6 batang serai
1 senduk kerisik
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan pedas
2 sudu lada hitam 1 ekor ayam
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
2 mangkuk santan
1 sudu gula
Garam

Cara-cara

Sediakan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar kedalam kuali bersama santan dan masukkan ayam. Tunggu sehingga masak. Apabila sudah pekat, masukkan gula. Bila sudah cukup sebati, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan sedikit garam. Kemudian angkat dan hidangkan.