Sandwic Sardin

Ramuan / Bahan

1 buku roti putih
1 tin kecil sardin
½ biji timun
1 biji tomato 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
½ biji bawang besar (dipotong dadu)
Minyak masak
Mentega

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan sardin dan hancur-hancurkan isinya. Campur jus limau nipis dan angkat bila agak kering.

Hiris timun dan tomato. Sapu mentega pada roti dan bubuh timun dan tomato. Bubuh sedikit sardin dan tutup dengan sekeping lagi roti.

Potong roti empat segi atau segi tiga. Hidangkan.