Rendang Hati

Ramuan / Bahan

½ kg hati lembu
2 camca besar ketumbar
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah keras
1 cm halia
10 ulas bawang merah 4 cm lengkuas
3 batang serai
200 gm cili merah
½ cawan kerisik
2 mangkuk pati santan
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Giling hingga lumat ketumbar, buah pelaga, bunga cengkih, buah keras, halia, lengkuas, serai, cili & bawang. Panaskan minyak & tumis rencah giling tadi. Bila wangi, masukkan hati yang dipotong sesuka hati. Masukkan santan. Masaklah hingga pekat. Akhir sekali masukkan kerisik & garam.