Rendang Burung Puyuh

Ramuan / Bahan

2 ekor burung puyuh (dipotong dua)
150gm bawang besar
150gm cili kering
100gm bawang putih
50 gm halia
50 gm serai
50gm lengkuas (kalau suka)
*semua diatas dikisar halus*
40gm kerisik
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ liter santan
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Minyak masak secukupnya

Cara-cara

1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya, kemudian masukkan santan.

2. Masukkan pula daun kunyit dan kacau hingga pekat.

3. Masukkan burung puyuh dan masak hingga sebati.

4. Masukkan garam, gula, dan kerisik. Tunggu hingga betul-betul masak selama 8 minit, baru angkat dan di hidangkan bersama nasi putih.