Rendang Ayam Tok Perak

Ramuan / Bahan

Bahan dikisar:

300 gm bawang besar
200 gm bawang putih
150 gm halia
5 batang serai
1 cm lengkuas
20 tangkai cili kering 1 ekor ayam (potong mengikut citarasa)
6 helai daun limau
2 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisik
Garam
Gula

Cara-cara

Perah santan sederhana pekat dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan yang telah dikisar tadi.

Biarkan sehingga mendidih dan masukkan ayam yang telah dibersihkan.

Biar sehingga ayam empuk dan masukkan daun kunyit, daun limau, kerisik, garam, gula dan bahan perasa lain.

Perlahankan api dan biarkan rendang separuh kering barulah diangkat.