Rendang Ayam Sedap

Ramuan / Bahan

Bahan A (dikisar)
8 ulas bawang merah
3 ulas putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
8 biji cili kering
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih 1 ekor ayam dipotong 16 bahagian dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
2 cawan santan
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. goreng ayam sehingga separuh masak. ketepikan
2. panaskan minyak. tumis bahan A dan rempah kari hingga pecah minyak.
masukkan santan dan ayam.
3. bila kuah agak pekat masukkan kerisik dan daun kunyit serta garam dan gula secukup rasa.
4. kacau sampai agak kering sedikit dan bolehlah diangkat